Saturday 4 January 2014

RESEPI KEK BLUBERRY


Hai frens..
Hari ni saya nak kongsikan resepi kek bluberry yang menggunakan kek sponge..
resepi simple jer....insyaAllah menjadi..
Resepi ni saya ambil dari blog kak Hana....Thanks kak Hana Memories!!! 


VANILLA SPONGE CAKE

Bahan:
240g tepung kek/tepung superfine
130g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila

Cara:
1. Panaskan oven. Griskan acuan. Alas dasar acuan dgn baking paper.
2. Pukul telur, gula, ovallet, tepung s'fine, BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3. Perlahankan mixer, masukkan susu cair & esen vanilla. Teruskan lagi memukul selama 5 minit. Tuangkan minyak & gaul sebati.
4. Tuang ke dalam acuan. Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5. Bila kek sudah masak, telangkupkan (atas redai) selama 5 minit. Keluarkan kek & boleh dihidangkan atau dihias dengan aising kegemaran.


Bahan untuk topping : 
500 ml fresh cream / non dairy whipping cream
Filling blueberry secukupnya

Bahan sirap lemon
30 gm gula pasir
150 ml air suam
1 biji lemon (ambil jusnya)

Cara menyediakan
1. Sediakan dahulu kek span vanila (seperti resepi di atas) & sejukkan dahulu kek.  Sementara itu.. sediakan sirap lemon dengan melarutkan gula dalam air suam & campurkan dengan jus lemon. Ketepikan dahulu.
2. Putar fresh cream/whpping cream sehingga gebu. Jangan terlalu lama memutar, berhenti bila nampak fresh cream dah gebu & kaku.
3. Kek span vanilla di belah/potong kepada 3 lapisan.  
4. Letakkan satu lapis kek di atas papan kek.  Basahkan lapisan kek dengan sirap lemon menggunakan berus kuih sehingga permukaan kek agak basah. Kemudian sapukan di atas kek dengan lapisan nipis bluberry filling & akhir sekali sapukan pula dengan fresh cream.
5. Lapiskan pula dengan lapisan kedua kek & ulang proses yang sama seperti step no. 4 di atas. Teruskan dengan lapisan ke tiga tetapi untuk lapisan ketiga atau yang terakhir ini cukup sekadar dibasahkan dengan sirap lemon sahaja di atas permukaan kek.
 6. Sapukan keseluruhan kek dengan fresh cream & licinkan fresh cream tersebut.. Hiaskan dengan lebihan blueberry filling di atas kek.

SELAMAT MENCUBA!!!! 




Thursday 2 January 2014

KEK PANDAN CHEESE



KEK PANDAN CHEESE
enak dinikmati ketika sejuk...nyaman jer ditekak..sila jangan terliur yer..
hihihihi..kalau nk order pun boleh...
whatsapp jer kiter 017 2989689






Wednesday 1 January 2014

HAPPY NEW YEAR 2014


Hai Peeps!!! 

Rasanya belum terlambat lagi i nak ucapkan HAPPY NEW YEAR 2014 buat semua kengkawan...
sorry lambat hapdet  update..haha,tenet wat problem lak..
ye la...dh 2 bulan x bayo bil sebab x guna..balik kg cuti sekolah.....
Hmm..cepat benar rasanya masa berlalu..umur pun makin bertambah..anak2 pun semakin membesar di depan mata...Alhamdulillah..
So, ape azam korang tahun ni????
Hmmm...aku??? Forward azam tahun lepas2 yang belom tertunai..
ape lagi..azam nak slim masih x tercapai..harap2 tahun ni turun la sikit kilossss..hahahaha
azam lain??? nak tingkatkan ekonomi family..harap tahun ni selesa skit, sebab tahun 2013 banyak sangat "sakit"..sabar jer laa...banyak sangattttt commitment..
huarghhhh!!!!! azam yang lain...nak tingkatkan skill memasak untuk suami  dan anak2..anak2 pun dah kuat makan sekarang...sebelum ni klu makan kat restoran order 2 pinggan jer...tp skrg ni kena order 3 pinggan..kadang2 tu tak cukup..iffat suka sangat makan...so, nak jimat blanjer pasni mama kena la rajin masak di rumah...
Seperkara lagi..azamku tahun ni nak tingkatkan amal ibadat..InshaAllah..teringin sangat nak gi umrah ni..harap2 dengan bisnesku yang tak seberapa ni dapat la aku kumpul duit nk tunaikan hajatku..
Oklah..tu jer la yg aku nak tulih...klu ikutkan banyak sangat azam dan impian aku..hahahaha..
Harapnya segala impian aku ni tercapai...:)