Hai frens..
Hari ni saya nak kongsikan resepi kek bluberry yang menggunakan kek sponge..
resepi simple jer....insyaAllah menjadi..
Resepi ni saya ambil dari blog kak Hana....Thanks kak Hana Memories!!!
VANILLA SPONGE CAKE
Bahan:
240g tepung kek/tepung superfine
130g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila
Cara:
1. Panaskan oven. Griskan acuan. Alas dasar acuan dgn baking paper.
2. Pukul telur, gula, ovallet, tepung s'fine, BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3. Perlahankan mixer, masukkan susu cair & esen vanilla. Teruskan lagi memukul selama 5 minit. Tuangkan minyak & gaul sebati.
4. Tuang ke dalam acuan. Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
240g tepung kek/tepung superfine
130g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila
Cara:
1. Panaskan oven. Griskan acuan. Alas dasar acuan dgn baking paper.
2. Pukul telur, gula, ovallet, tepung s'fine, BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3. Perlahankan mixer, masukkan susu cair & esen vanilla. Teruskan lagi memukul selama 5 minit. Tuangkan minyak & gaul sebati.
4. Tuang ke dalam acuan. Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5. Bila kek sudah masak, telangkupkan (atas redai) selama 5 minit. Keluarkan kek & boleh dihidangkan atau dihias dengan aising kegemaran.
Bahan untuk topping :
500 ml fresh cream / non dairy whipping cream
Filling blueberry secukupnya
Bahan sirap lemon
30 gm gula pasir
150 ml air suam
1 biji lemon (ambil jusnya)
Cara menyediakan
1. Sediakan dahulu kek span vanila (seperti resepi di atas) & sejukkan dahulu kek. Sementara itu.. sediakan sirap lemon dengan melarutkan gula dalam air suam & campurkan dengan jus lemon. Ketepikan dahulu.
2. Putar fresh cream/whpping cream sehingga gebu. Jangan terlalu lama memutar, berhenti bila nampak fresh cream dah gebu & kaku.
3. Kek span vanilla di belah/potong kepada 3 lapisan.
4. Letakkan satu lapis kek di atas papan kek. Basahkan lapisan kek dengan sirap lemon menggunakan berus kuih sehingga permukaan kek agak basah. Kemudian sapukan di atas kek dengan lapisan nipis bluberry filling & akhir sekali sapukan pula dengan fresh cream.
5. Lapiskan pula dengan lapisan kedua kek & ulang proses yang sama seperti step no. 4 di atas. Teruskan dengan lapisan ke tiga tetapi untuk lapisan ketiga atau yang terakhir ini cukup sekadar dibasahkan dengan sirap lemon sahaja di atas permukaan kek.
6. Sapukan keseluruhan kek dengan fresh cream & licinkan fresh cream tersebut.. Hiaskan dengan lebihan blueberry filling di atas kek.
SELAMAT MENCUBA!!!!